Tuesday, 21 February 2017

New Chapter - Master in Progress - Preparation..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Fuh bercintanya nak siapkan entri ni..
Mula-mula taip tajuk dengan note benda penting-penting..
Lepas tu tadi rasa nak menulis lepas tidurkan Aisyah..
Baru die tidur kejap dah terjaga..
Aisyah ni telinga die sensitif gila..
Lagi kalau waktu siang..
Kadang-kadang petik suis pun die bole terkejut..
Ni dah 3 kali die tidur terjaga..
Ada masa die ok la main sendiri sebelah aku ni..
Tapi berapa minit je pun kan..hehe..
Kejap dah nangis sebab bosan..
Kene bawak jalan-jalan tak pun bagi susu..

Ok balik pada tajuk..
 Tak payah cerita panjang..
Sekarang ni officially aku adalah student Master dekat UTM..:)
 Aku amik taught course..
Taught course ni ialah kelas dan ada mini projek..
So kene hadir kelas lepas tu sem 3 dan 4 nanti ada mini projek..

Ok sebenarnya untuk buat Master ni tak de pun dalam perancangan aku sebelum ni..
Kiranya lepas buat degree tak de pun plan nak buat Master..
Bila tengok kawan-kawan buat Master pun tak tergerak pun lagi..
Tapi peraturan Tuhan tu lebih baik kan..
Lepas bersalin kan Aisyah en.suami tak prefer aku keje..
Terfikir la nak sambung Master..
Aku usha-usha course semua sekali tengok ada intake untuk Februari..
Apply then Alhamdulillah dapat..
Dan start la buat persediaan untuk daftar..

Nasib baik sangat la aku duduk dekat kampung lagi..
Boleh la tinggalkan Aisyah kejap-kejap untuk lengkapkan dokumen..

Mula-mula sekali yang aku buat ialah uruskan permohonan sumbangan..
Untuk kali ni aku apply sumbangan dekat Ahli parlimen dan Menteri besar..
Untuk dua ni korang boleh refer dekat entri sebelum ni..
Rasanya aku tak sempat nak buat entri untuk kali ni..
Aku akan kongsi ringkasan je dekat sini..

Sumbangan Ahli Perlimen




Untuk sumbangan ahli parlimen ni perlukan 4 dokumen..

-Surat permohonan - sediakan la surat rasmi permohonan ringkas..
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon..
- Salinan surat tawaran

Bila aku pegi sana die check aku punya status mengundi dekat kawasan mana..
Lepas tu die print dan kepilkan sekali dengan dokumen aku..
Untuk semua dokumen sebelum hantar sila la dapatkan tanda tangan ketua kampung sebagai pengesahan..


Sumbangan Menteri Besar
 
 Untuk yang ini dokumen die sama je macam dulu..


Boleh refer dekat SINI..
Borang pun masih sama je..
Kali ni aku ambil borang ni dekat pejabat Adun..
 
Lengkapkan borang, sediakan dokumen yang diperlukan lepas tu dapatkan la pengesahan dari ketua kampung jugak..
Semua dah siap hantar la dekat Pejabat Menteri Besar dekat Wisma Negeri..
Minta la tolong pegawai yang ada dekat kaunter tu check dokumen..
 Supaya tak de la kene reject ke apa..
Tak de la kene buat keje 3 4 kali..
Buang masa, buang minyak..


Setakat hari ni aku tak tau lagi macam mana status permohonan aku..
Berapa value untuk setiap permohonan pun aku tak pasti..
Kalau ada info terbaru nanti aku update..
 
Dah settle hal permohonan sumbangan..
Minggu nak pegi tu baru aku perasan ada benda lain kene sediakan..
Masa dapat tawaran dieorang dah bagi sekali semua dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran..

1. Medical Check-up (Pemeriksaan Kesihatan)
Untuk ni aku pegi KK Kuala Pilah..Print dokumen untuk pemeriksaan kesihatan yang dieorang dah beri..Nasib baik masa ni aku pegi pagi jugak..Untuk dekat KK Kuala Pilah ni aku buat ujian air kencing, timbang berat dengann tinggi, mata, tekanan darah, x-ray dan pemeriksaan gigi..Dah dapat semua keputusan aku balik..Petang tu aku pegi KK untuk jumpa pegawai perubatan untuk pengesahan..Untuk medical check up ni kene bayar rm20..

2. Borang Jaminan Kewangan - Untuk borang ni perlukan 2 orang penjamin, seorang ialah suami aku, seorang lagi kakak aku.. Perlukan juga saksi..Dia ada bagi tau siapa yang boleh jadi saksi.. So aku pilih ketua kampung je..Senang..Dah nama sekampung je kan..Tak payah pegi jauh..hihi..Dah siap kene beli setem hasil..Aku beli dekat pejabat pos..Kene beli 2, RM10/satu..Total rm20..Dah letak setem kene matikan..Untuk matikan ni kene pegi LHDN..Tapi aku pegi Pusat Khidmat Hasil je..Aku google, lepas tu call dan dieorang kata boleh..

3. Bayaran Pendaftaran - Untuk ni aku kene bank in duit dekat akaun dan print bukti lepas tu bawa masa daftar..

Yang lain tu cuma dokumen biasa kene isi dan bawa masa daftar je..
Alhamdulillah dah daftar, dah dapat kad matrik..
Dah buat permohonan biasiswa (tak tau la dapat ke tak..hihi)..
Dah dah attend 2 kelas..
Ok lah nanti aku share pengalaman kelas dan lain-lain..:)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...